
Surau Nurul Iman telah dirasmikan pada tahun 2004 dengan Majlis Doa Selamat yang dihadiri oleh para guru serta pegawai Sektor Pendidikan Islam dan Moral PPD, . Surau ini telah dilengkapi dengan kemudahan yang memuaskan seperti sistem audio, kipas, bilik wudhuk dan tandas untuk lelaki dan perempuan.
Ruang solat agak luas dan boleh memuatkan 100 hingga 130 jemaah murid-murid bagi satu-satu masa.Selain itu aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut dijalankan disini. Pengajaran dan pembelajaran dua kelas boleh dilakukan serentak dan ia masih lagi dalam suasana yang selesa. Selain itu, perayaan Hari Kebesaran Islam turut diadakan seperti Khatam al-Qur’an sempena Ramadhan ataupun Solat Hajat sempena Peperiksaan UPSR murid –murid tahun 6. Surau ini turut digunakan oleh murid-murid Sekolah Rendah Agama Taman Kemuning untuk menunaikan solat Fardhu Asar pada sesi petang persekolahan.
Tujuan memohon sumbangan adalah semata-mata untuk memperbaiki dan menambah peralatan Surau Nurul Iman lantaran mahu menyediakan suasana yang kondusif untuk sebarang aktiviti samada berkait tentang pendidikan ilmu ataupun kerohanian yang akan dijalankan di surau ini. Persekitaran yang selesa menjamin kepada kecemerlangan dan keberkesanan atas apa jua matlamat perancangan atau sesuatu aktiviti yang dijalankan.
PERMASALAHAN
1. Penutup longkang pecah : boleh menyebabkan kecederaan kepada murid – murid yang terjatuh di dalamnya
2. Lantai retak dan terangkat: boleh menyebabkan murid-murid yang melaluinya tersepak dan terjatuh
3. Bumbung bocor: air hujan yang bocor dan melalui syiling dan bertakung di kaki lima bersebelahan bilik wudhuk perempuan menyebabkan lantai licin .
4. Salur tandas murid perempuan tidak bersambung: mengakibatkan najis bertakung dan berbau.
5. Salur air bilik wudhuk lelaki tersumbat: menyukarkan proses berwudhuk
6. Tandas murid lelaki berbau: memberi suasana yang tidak menyenangkan memandangkan ia bersebelahan tangga utama memasuki surau berkemungkinan saluran ke tangki septik bermasalah.
7. Pintu gelongsor utama rosak: menyukarkan jemaah perempuan memasuki surau serta mengakibatkan suasana panas di dalamnya.
8. Salur air hujan bocor berdekatan bilik wudhuk lelaki: mengalir dibahagian tepi tangga dan mengotorkan kawasan tersebut.
9. Lampu surau kaki lima tidak berfungsi
10. Tingkap tidak dapat ditutup rapat.
11. Langsir tingkap koyak dan perlu diganti
12. Memerlukan kabinet/ rak yang sesuai untuk meletakkan al-Qur’an, selaras keperluan memuliakan al-Qur,an.
13. Memerlukan kabinet/ rak yang sesuai untuk meletakkan telekung dan sejadah supaya lebih kemas.
14. Memerlukan pendingin hawa untuk suasana yang lebih selesa
15. Memerlukan cat untuk keceriaan surau

Lokasi : Kaki Lima bersebelahan bilik wuduk murid perempuan.
Laporan kerosakan : Air bocor (hujan) dan siling


Lokasi : Bumbung utama bahagian murid lelaki
Laporan kerosakan : Sesalur air hujan bocor














No comments:
Post a Comment