Monday, September 20, 2010

UPSR 2010 -21 SEPTEMBER 2010

Saya mengucapkan selamat menduduki UPSR kepada semua murid SK Bandar Banting pada 21 hingga 23 September 2010. Semoga anda semua dapat menjawab soalan dengan cemerlang. Kepada semua guru Tahun 6 2010 terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha gigih anda semua mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak didik kita. Semoga keikhlasan anda semua akan membuah hasil yang cemerlang di dalam keputusan 2010 akan datang. Halalkan ilmu yang diberi kepada mereka dan doakanlah mereka berjaya dengan cemerlangnya di dalam ujian ini. Kepada guru dan warga sekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung juga diucapkan terima kasih.
Saya amat menghargai anda semua. Habsah Ismail. 20 September 2010. 3.30 petang.

No comments:

Post a Comment